Sunday, February 13, 2011

copy 4shared
Semoga kita semua tabah hadapi ujian kehidupan ini dan istiqamah dalam beribadat kepada Ilahi... .

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.

1. LAPAR: menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi penglihatan hati.

KENYANG: menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

2. LAPAR: merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.

KENYANG: zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

3. LAPAR: menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.

KENYANG: tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

4. LAPAR: tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.

KENYANG: menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

5. LAPAR: mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

KENYANG: mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

6. LAPAR: kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun

KENYANG: akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak. Otak kekurangan oksigen.

7. LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.

KENYANG: syaitan makin mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

8. LAPAR: terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang di makan.

KENYANG: mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, taun dan lain-lain.

9. LAPAR: menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan

KENYANG: sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan, sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

10. LAPAR: menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.

KENYANG: tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.


Lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena) . Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menahan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula. Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi dengan baik. Insya Allah kita akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita. Berusaha, berjaya!

copy 4 shared
Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'" Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

And not equal are the blind and those who see, nor are equal those who believe, and do righteous good deeds, and those who do evil little do.


Mutiara Kata

:: Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
copy 4shared
I hate writing though I don't mind talking. I could talk for days telling you so many stories.

Tetapi, diruangan ini saya ingin berkongsi pengalaman melalui dua buah cerita hasil pengalaman peribadi saya dan cerita yang pernah dititipkan oleh Tuan Guru saya sedikit masa dahulu.

Cerita I

Satu hari, Junjungan Besar nabi Muhammad (s.a.w) telah berbekam. Setelah selesai berbekam, baginda memanggil seorang sahabat untuk
membuangkan darah bekam baginda. Sahabat tersebut mengambilnya dan pergi ke sana ke mari untuk mencari tempat yang paling sesuai untuk
dibuang darah tersebut.


Beberapa ketika kemudian, Baginda memanggil sahabat tersebut dan menanyakan di manakah darah tersebut telah dibuangkan. Sahabat
menjawab, "Aku dapati tidak ada tempat yang sesuai di muka bumi ini untuk dibuangkan darahmu ya Rasul al-Allah. Aku muliakan darah itu
kerana ia adalah darah seorang Pesuruh Allah. Aku tidak mahu darah tersebut dicemarkan oleh binatang, jin, syaitan, atau manusia jahat.
Lantas aku minum darah tersebut. Aku mohon maaf ya Rasul al-Allah".

Baginda segera menjawab, "Engkau telah engkar dengan perintahku.

Tetapi aku ingin memberitahumu, barang siapa yang mengalir di dalam tubuh badannya darahku, maka orang itu tidak akan dijilat oleh api
neraka".

Ini adalah satu contoh cerita yang terasing. Cerita ini menggambarkan betapa seorang sahabat meletakkan kemuliaan kepada yang patut dimuliakan. Dan alangkah mulianya jika kita para pendidik dapat mengambil iktibar daripadanya, dengan meletakkan kemuliaan
pada profesyen yang kita junjung dan anak-anak didik yang kita pimpin.

Cerita II – Babak I

Tahun 1997. Anak saya, Elina berada di tahun akhir bidang Accountancy & Finance, Southbank University, London di bawah tajaan
TNB.

Sejak semester dimulakan anak saya terpaksa menumpang tinggal di bilik rakan karib beliau, Wan Hidayah. Untuk mencari bilik yang
sesuai dan persekitaran yang selamat, bukan satu perkara yang mudah di London. Saya menasihatkan supaya anak saya terus berusaha dan
cekalkan hati kerana ini adalah ujian dari Allah.

Sebagai bapa dan ibu, kami berasa sangat risau, kerana saya hanya mempunyai dua orang anak perempuan. Kasih sayang yang saya
tumpahkan, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak banyak yang dapat kami lakukan. Kadang-kadang tersebut dimulut saya, "If I were
a millionaire…" Namun demikian, setiap malam saya titipkan doa memohon pertolongan dari Allah yang maha Esa. KepadaNya sahaja
tempat kami mengadu.

Selang beberapa hari, datang tiga orang pelajar perempuan tingkatan 6 Atas dari Sekolah Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor (isteri
saya adalah guru "pakar" Ekonomi di sekolah tersebut). Rumah mereka jauh dari sekolah. Mereka keluar rumah sebelum terang tanah dan tiba
di rumah hampir-hampir waktu Asar menjelang. Mereka ingin mencari rumah untuk disewa (mereka bukan dari golongan yang berada).

Keadaan mereka ke sekolah boleh saya ungkapkan sebagai; kalau hujan basah kuyup, kalau panas seperti bermandikan peluh. Tiba di sekolah
sudah kelihatan tidak bertenaga. Sampai di rumah seperti sudah tidak bermaya. Menurut isteri saya, mereka adalah anak-anak yang baik,
berbudi bahasa, berhemah tinggi serta sangat rajin belajar. Dan, saya sendiri percaya dengan falsafah yang dibawa oleh Thomas
Edison: "Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration.

Saya katakan kepada isteri saya, "kita tolong budak-budak ini". (Semasa itu saya bertugas sebagai Pengetua di High School, Batu
Pahat). Niat saya hanya ingin menolong. Mulai hari itu sehingga satu minggu lamanya, setiap malam kami keluar untuk mencari rumah sewa. Takdir Tuhan telah menentukan, tidak ada rumah atau bilik untuk disewakan. Saya terasa amat kecewa kerana tidak dapat menolong. Saya menggambarkan perasaan hati anak saya yang tidak dapat mencari tempat tinggal di London. Saya dapat bayangkan hancurnya hati ketiga-tiga pelajar tersebut.

Malam itu saya seperti dikejutkan dari tidur (mungkin kerana asyik memikirkan soal mencarikan rumah sewa). Tiba-tiba hati kecil saya
seperti dibisikkan oleh satu suara; mengapa tidak kami sahaja mengambil mereka tinggal bersama!. Saya suarakan suara hati saya
kepada isteri saya. Beliau sangat bersetuju kerana sebelum inipun memang kami mempunyai ramai anak-anak angkat dan setengah daripada
mereka tinggal sebumbung dengan kami. Lusanya, jadilah tiga orang pelajar itu anak angkat kami dan tinggal serumah. Apa yang kami
makan, itulah juga yang mereka suapkan ke mulut. Kami hanya tinggal berempat sebelum ini; saya, isteri, ibu mertua yang telah berusia 90
tahun dan seorang pembantu rumah dari seberang.

Anak bongsu saya, Aimi pada masa itu berada di Tingkatan Dua di Sek. Men. Sains Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Terasa puas hati saya
kerana dapat menyelesaikan masalah pelajar tersebut, yang kadang-kadang saya panggil the 3 musketeers, kadang-kadang the 3 mosquitoes.

Mereka ke sekolah (hanya ¼ km) bersama isteri saya.

Mereka mendapat `special tution' matapelajaran Ekonomi dari isteri saya, yang mereka panggil Ummi.

Tuhan maha pengasih lagi penyayang. Pada malam selepas kami mengambil mereka tinggal bersama kami, saya mendapat panggilan
telefon dari London. Anak saya telah mendapat bilik untuk disewa.

Tiba-tiba sahaja, rakan yang tinggal di situ berpindah, untuk memberi ruang kepada anak saya. Ini adalah satu kebesaran Allah.

Cerita II: Babak II

Cerita ini tidak habis disini. Kebesaran Allah sentiasa ada. Kami membuat MoU dengan 3 orang anak angkat kami. Mereka tidak perlu
risau tentang yang lain. Tugas mereka hanya `belajar' dan pada tahun hadapan lulus STPM dengan baik dan masuk Universiti. Kerana itu,
kami cuba berikan segala bentuk kemudahan agar mereka boleh belajar dengan selesa. Pertama, saya belikan kelengkapan belajar mereka dari
Court Mammoth. Kemudian kami belikan tilam. katil almari dan lain-lain. Kami seronok mendapat anak baru. Mereka belajar `round the
clock'. Dan saya mendapat 15 kad pertandingan, kerana membeli barang keluaran Court Mammoth. Tiga gadis anggun kami itulah yang mengisi
borang dan menyediakan cogankata pertandingan. Esoknya, saya minta PAR di sekolah saya mengeposkan kad tersebut, (penyertaan disaat-
saat terakhir).

Selang sebulan saya menerima sepucuk surat, berbunyi lebih kurang: "Anda dijemput ke H.Q Court Mammoth untuk Cabutan Bertuah.

Hadiah pertama ialah sebuah rumah berharga RM170,000 di Bukit Beruntung berserta RM30,000 kelengkapan rumah. Sesungguhnya kami
tidak pernah mimpi untuk mendapat hadiah pertama itu. Berdoa untuk itu juga jauh sekali. Benarlah seperti apa yang pernah diucapkan
oleh seorang rakan di Universiti pada tahun 1970 dahulu (sekarang beliau adalah KPPM kita yang dikasihi)). "Jangan harap kita akan
dapat sesuatu kalau kita tidak pernah mimpikannya. Dan yang lebih penting jangan harap Tuhan akan memberikannya, kalau kita lokek
menadah tangan untuk berdoa". Saya hanya dapat hadiah saguhati, RM 5000.00. Alhamdulillah. Dengan hadiah sebanyak itu saya belikan 1
set TV 29",dan alatan bilik tidur. Saya belikan juga satu biji kipas angin untuk PAR yang menolong mengeposkan kad pertandingan (P.S:
Pagi itu bila kereta saya tiba di pejabat, PAR telah berjumpa saya dan mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan kemudian
berkata "yang menang itu tentulah dari kad yang saya tolong poskan".

Saya pegang tangan PAR saya dan bawa ke boot kereta saya. Saya berikan kipas angin yang dibelikan khas untuknya).

Kami juga berikan RM 200.00 seorang kepada Jula Juli Bintang 3 kami (P.S: saya katakan kepada mereka: "budak-budak tak baik pegang duit
banyak-banyak. RM 200.00 cukup).

Masa berlalu. Ketiga-tiga pelajar tersebut lulus STPM dengan baik.

Hanim masuk USM, Diana masuk UKM. Rahimah walaupun boleh masuk Universiti tetapi ingin menjadi guru dan masuk Maktab Perguruan
kerana itulah cita-citanya.

Sekarang mereka sudah lulus dan bekerja. Setiap Harijadi, Anniversary, Hari raya, mereka adalah antara orang yang terawal mengirimkan ucapan. Mereka juga sering telefon dan menjengok kami. Ini adalah kebesaran Allah. Kami bangga kerana dapat melakukan sedikit bakti kepada sesama manusia.

Cerita II – Babak III

Sebelum saya dipindahkan ke KMNS, November 2001, perkara yang hampir sama terjadi sekali lagi. Anak bongsu saya, Aimi yang ingin sangat
belajar di luar negeri, tiba-tiba mendapati peluang untuk itu telah tertutup rapat. Dari air muka anak saya, dapat saya rasakan wajah
kekecewaan. Anak saya ditawarkan masuk Universiti Malaya dalam bidang Bio-Medic Engineering. Dan saya ajarkan anak saya
erti `redha' dengan takdir Allah. Alhamdulillah. Anak saya sudah boleh menerimanya, Namun, saya tetap memohon. Memohon dan mengadu
kepada Yang Maha Esa. Saya berpegang kuat dan yakin dengan sebuah hadis – yang pernah diajar oleh Tuan Guru saya: dari Ibnu Abbas
r.a.: Doa adalah pembuka rahmat, wuduk pembuka solat dan solat pembuka syurga. Selama satu bulan itu, saya panjangkan tahajjud saya
dan saya panjangkan sujud saya. Saya terus bermunajad. Pada masa itu juga ada 3 orang pelajar perempuan Tingkatan 6 Rendah dari Sekolah
Dato' Bentara Luar, berjumpa isteri saya untuk mencari rumah sewa.

Isteri saya terus menerima mereka untuk tinggal bersama-sama kami. Kami dengan ikhlas, hanya ingin menolong apa yang mampu.

Tuhan maha berkuasa dan maha mendengar. Tidak berapa lama selepas itu, anak saya mendapat tawaran belajar di luar negeri, di bawah
tajaan MARA. Sekarang anak bongsu saya itu berada di Vanderbilt University, Tennesee, US., di dalam bidang Bio-Medic Engineering.

Dan ketiga-tiga pelajar tersebut masih tinggal di rumah saya di Batu Pahat, dan akan menduduki peperiksaan STPM tahun 2002 ini. Semoga
mereka berjaya.

Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang telah dilimpahkan dan akan dilimpahkan oleh Allah kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya
kebaikan itu amat banyak. Dan, sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang kepada hambanya.